Rabu, 9 Februari 2011

Pemikiran Sepadan Usia

5 Februari 2011 yang lepas genap umur 29 tahun....Apapun nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang telah 'wish' kepada saya. Ingatan saudara dan saudari akan hamba abadikan sehingga akhir hayat insya Allah..



Semakin meningkat usia sepatutnya pemikiran kita juga perlu berubah, tindak tanduk juga perlu berubah, amalan juga perlu berubah, prestasi diri juga perlu berubah. Perubahan yang dibuat perlulah kearah yang lebih baik. Bukan kepada yang lebih buruk.


Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita : Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”. 
Cuba kita semak diri kita, adakah hidup kita semakin positif atau tidak?


Perubahan perlu datang dari diri kita sendiri dan bukannya daripada orang lain. kalau datang dari orang lain pun ia hanya sekadar dorongan sahaja dan bukannya faktor utama perubahan.


Pada 29 Januari 2011 yang lepas, saya sempat bersama sebahagian kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam satu kursus kecemerlangan diri. Dalam sessi tersebut, saya lontarkan kepada mereka bahawasanya kita hendaklah selalu menyemak diri kita sendiri. Apa yang kita lihat pada diri kita? Apa yang orang lain lihat pada diri kita? macamana kita harap orang lain lihat diri kita? 


Justeru, meningkatnya usia sepatutnya akan meningkatkan lagi tahap pemikiran kita. Sayang, masih ada orang yang tidak mahu berusaha meningkatkan daya pemikirannya... bila dengar dia bercakap tergambar pemikirannya belum matang sepadan usia. Umur sudah menjangkau 30-an tetapi gaya percakapan masih sama dengan budak umur 15 tahun...


Maka, disini saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain marilah kita 'sama-sama' memuhasabah diri agar kita menjadi lebih baik pada masa hadapan.


Teringat sebuah lagu nasyid yang pernah jadi lagu tema sebuah kursus yang saya ikuti pada tahun 1996 dahulu semasa di SMKA Falahiah: 



Umat Islam harus cemerlang , Hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa, Siapa kata kita tidak boleh, Kita punya Allah Maha Kuasa, Kita punya kuasa
tenaga, Doa sebagai senjata,

Umat Islam Zaman Lampau, taat perintah Rasulullah, bersama berusaha, bersatu tuju wawasan 
dunia dan akhirat, 

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia...

2 ulasan: