Khamis, 25 November 2010

Status Borang 14A Apabila Tuan Tanah Mati Sebelum Daftar Hakmilik

Si A merupakan tuan tanah dan telah melakukan kontrak jual beli tanah kepada seorang pembeli. namun , sebelum sempat borang 14A didaftarkan, tuan tanah telah meninggal dunia terlebih dahulu. seksyen 292(4) Kanun Tanah Negara 1965 telah menyatakan bahawa apabila si tuan tanah sebelum kematiannya telah menyempurnakan borang pindahmilik atau mana-mana dokumen urusniaga, maka kematiannya tidak menjejaskan kesahan instrumen tersebut dan instrumen tersebut bolehlah diserahkan kepada Pendaftar Hakmilik untuk didaftarkan seolah-olah kematian tidak terjadi..

Namun mungkin timbul isu dikalangan kita apa terjadi pada kontrak tersebut apabila tuan tanah belum sempat menyempurnakan borang 14A atau mana-mana instrumen urusniaga? Dalam kes  Haji Osman v Sayed Noor [1952]mlj 37 ada menyatakan apabila seorang tuan tanah mati sebelum diselesaikan urusan pendahmilik, ia tidak menjadikan kontrak tersebut batal bahkan ia tetap sah. .

secara prinsipnya sesuatu kontrak yang dibuat mesti dilaksanakan. bagi individu yang terlibat, antara nasihat yang boleh disampaikan ialah pembeli  memohon atau membuat petisyen tuntutan pembahagian harta pusaka dibawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan pindaan-pindaan dibawahnya. Pembeli diberi hak oleh undang-undang dibawah seksyen 8(1) Akta berkenaan sebagai orang yang layak membuat petisyen. Pembeli itu layak untuk dapat perintah dibawah akta ini  kerana beliau adalah dianggap 'pemiutang' hartanah tersebut. Maka Pentadbir Tanah@mahkamah semasa melakukan perbicaraan pusaka perlu mengambil kira perkara ini serta peruntukan dibawah seksyen 13(5) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 seterusnya membuat perintah sebagaimana seksyen 14 akta berkenaan.


sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan