Isnin, 31 Januari 2011

Kuasa PBN Batalkan Kelulusan Pindahmilik


Ada satu kes dimana seorang Tuan Tanah berstatus Melayu Anak Kelantan ingin membuat pindahmilik tanah kepada seorang Bukan Melayu Bukan Anak Kelantan bagi satu lot tanah didalam Kawasan Simpanan Melayu. Tanah tersebut mempunyai Sekatan Kepentingan dibawah Seksyen 120 Kanun Tanah Negara 1965.  Penerima pindahmilik (Pembeli) membuat permohonan untuk memindahmilik dibawah  Seksyen 120 Kanun Tanah Negara dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan meletak syarat bahawa pindahmilik dibuat dengan cara serahbalik dan berimilik semula. Belum sempat proses tersebut dibuat Pihak Berkuasa Negeri telah membatalkan kelulusan yang diberi. Isunya sama ada Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa membuat keputusan berkenaan atau tidak.   

Disini sedikit ulasan yang boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama berbincang isu ini. Sekyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938 melarang pendaftaran pindahmilik tanah seorang peranakan Kelantan kepada Bukan Peranakan Kelantan kecuali ia diberi kebenaran oleh PBN. Hanya dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri sahaja sesuatu instrumen pindahmilik itu boleh didaftarkan. Pihak Berkuasa Negeri juga berhak mengenakan syarat-syarat yang ia rasakan sesuai semasa memberi kelulusan tersebut.

Oleh yang demikian, PBN dalam kes ini telah mengenakan beberapa syarat antaranya tuan tanah mestilah menyerah balik tanah tersebut kepada kerajaan negeri dengan menggunakan Borang 12A KTN dan manakala Penerima pindahmilik hendaklah memohon milik tanah tersebut dengan menggunakan Borang Jadual 1. Tanah tersebut kemudiannya diberimilik kepada bakal penerima pindahmilik dibawah seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965.

Seksyen 78(3) Kanun Tanah Negara 1965 menjelaskan bahawa sesuatu tanah yang diberimilik hendaklah berkuatkuasa apabila pendaftaran dokumen hakmilik daftaran didaftarkan. Meskipun pemberianmiliknya telah diluluskan oleh PBN, selagi dokumen hakmilik daftaran tidak didaftarkan ia tetap menjadi tanah kerajaan hingga masa itu. Ratio Decidendi dalam kes Dr Ti Teow Siew & ors v Pendaftar Geran-Geran Tanah Negeri Selangor  (1982) 1 MLJ 38 telah menjelaskan hal berkenaan.


Selagi tanah itu merupakan tanah kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa dibawah Seksyen 41 KTN 1965 untuk memberimilik tanah tersebut atau tidak bahkan PBN berhak untuk menentukan jumlah premium dan juga berhak menentukan sama ada ia akan diberimilik selama-lamanya atau bertempoh pajakan.


Dalam kes yang dihadapi ini, pemberianmilik kepada bakal penerima pindahmilik telah diluluskan (melalui kelulusan pindahmilik secara serahbalik dan berimilik semula) namun ia tetap menjadi tanah kerajaan kerana dokumen daftaran hakmilik daftaran belum lagi didaftarkan bahkan proses serah balik tanah oleh tuan tanah masih belum lagi dibuat sehinggalah kelulusan pindahmilik itu dibatalkan oleh PBN..

Namun mungkin boleh dijadikan rujukan berkenaan perkara ini dalam kes Azam Cemerlang Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Sepang & Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan pada Mei 2010, Hakim YA Datuk Nurchaya Arsad telah membenarkan permohonan perintah Certiorari oleh pemohon untuk membatalkan keputusan PBN menarikbalik kelulusan pemberian milik tanah daripada pemohon dengan hujah bahawa walaupun KTN memberi kuasa penuh kepada PBN untuk memberimilik tanah namun PBN perlu melaksanakan kuasa budibicara sebaiknya.



Walaubagaimanapun kelulusan pindahmilik tersebut seharusnya tidak diberikan selaras dengan Keputusan MMK  Kelantan yang dipekelilingkan kepada semua pentadbir Tanah melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan Bil  2 Tahun 1988 iaitu pada perenggan 2.4.2 bagi tanah luar Rizab Melayu pindahmilik daripada Orang Melayu kepada Orang Bukan Melayu Bukan Anak Kelantan tidak boleh dipertimbangkan, tetapi dalam satu-satu kes dan atas sebab-sebab tertentu bolehlah diangkat permohonan bagi pertimbangan khusus Mjalis Mesyuarat Kerajaan.

Saya mohon jika ada sebarang perbincangan dalam perkara ini. dipersilakan secara ilmiah.

Ahad, 30 Januari 2011

Jangan Lalai!!!Susah Menanti.

JPJ lancar operasi cermin gelap

20/01/2011 2:14pm


KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Jumaat 28 Januari 2010....hari tu aku balik Kelate dari Jengka... Ambil anak-anak dan isteri untuk pulang ke kampong jumpa tok ayah dan tok ma mereka. maklumlah, tok ma dan tokayah asyik rindu cucu. 
hari tu habis je sekolah terus bertolak pulang. berniat nak balik ikut Terengganu, biasanya ikut Gua Musang tapi hari ni 'gelenya' nak balik kok teganu. ikut Terengganu lagi jauh kalau nak banding ikut Gua Musang. Ikut Gua Musang boleh berenti kat quarters kejap sebelum meneruskan perjalanan. tapi sebab apa tak tahulah, nak balik ikut Terengganu jugak. 
sampai je kat Kuantan tergerak hati nak tengok roadtax...dari dalam kereta nampak samar-samar. berenti kejap tepi jalan. Ya Allah!! terkejut sebab roadtax dah mati. cek lesen memandu, sama!!! dah mapuh. dalam hati kata "mapuh kerah aku lagu ni, nak patah balik Jengka untuk tukar kereta dah jauh" teruskan juga walaupun teringat ada operasi JPJ kat Terengganu...Cermin keta aku pun memang gelap. sahih tak lepas lah kalau kena tahan.
Sampai dekat Kuala terengganu, alamak ada roadblock JPJ...pusing balik, berenti kat masjid. tunggu masuk asar kemudian cuba jalan ikut Kuala Berang...bawa kereta dalam satu KM, ayak! sini pun ada BBlok JPJ. macamana ye? fikir aku dalam hati...kesian kat isteri, dia pulak yang susah hati. aku ambil keputusan masuk satu simpang. kemana entah..berhenti tepi jalan dan buka GPS. GPS tunjuk jalan lain untuk ke Jerteh. ikut je arahan..alhamdulillah dapat lepas roadblock JPJ. 7 malam, sampai bukit Yong....Ya Allah, ada lagi JPJ..ni betul-betul punya operasi. patah balik dan cari Masjid. solat dan makan...lepas maghrib cuba sekali lagi jalan tadi. Isteri kata bacalah doa masa Nabi Muhammad s.a.w nak keluar rumah masa hijrah dulu...dalam hati "jadi ke? nabi nak elak musuh Islam, aku ni dah jadi macam buruan kerajaan. rasanya tak sama. 
masuk je jalan besar, nampak kelip-kelip lampu JPJ letak ditengah-tengah jalan tempat dia buat sekatan jalanraya...dalam hati "apa nak jadi-jadilah, kena saman pun aku dah tak kira. dah letih sangat memandu dari tengahari" 
Pergi perlahan-lahan, dan....pegawai JPJ tak der. lampu je. alhamdulillah...syukur sangat-sangat. kalau tak mesti banyak kena bayar..nampak keceriaan diwajah isteri....kesian anak-anak sebab jauh perjalanan. anak-anak ku, lain kali kita balik ikut g.muse...buat macam biasa...tidor dulu kat gua musang baru sambung perjalanan..

Jumaat, 14 Januari 2011

Kawan Adalah Keluarga


Hidup di Gua Musang.... tanpa kehadiran isteri tercinta serta anak-anak yang sangat disayangi..... 
kerinduan mendalam kepada mereka tidak menghalang aku habiskan masa dengan termenung terkenangkan mereka....aktiviti-aktiviti hidup perlu diteruskan....

Hidup sebatang kara di tempat orang inilah kawan-kawan menjadi keluarga. oleh kerana kebanyakan kami yang berada di Gua Musang ini meninggalkan keluarga demi tugas, maka kawan-kawanlah tempat kita mengadu masalah dan meminta pertolongan. 

Janganlah kita memandang remeh soal persahabatan. Tunaikanlah hak-hak sahabat. Jangan hanya bersahabat bila perlukan bantuan...Jalinkanlah ukhuwwah kerana Allah bukan kerana dambakan sumbangannya. 

Bagi sahabat-sahabat jauh, fikirlah sesuatu untuk rapatkan semula ukhuwwah. Penuhilah jemputan, kerana itu tanda kita mengingati sahabat kita..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khamis, 13 Januari 2011 : minggu ni khamis masih tak balik Jengka. Bertugas menyambut Keberangkatan YTM Tengku Mahkota Kelantan.

Kami warga Gua Musang merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Tuanku untuk berangkat bersolat Jumaat di Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang hari ini (14/1/2011) seterusnya menyampaikan bantuan kepada 40 Mangsa kebakaran minggu lepas. Patik bersama pacal hamba rakyat Gua Musang sekelian juga  DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM, MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI JUNJUNGAN KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN DIATAS AMPUNI PERKENAN, BERANGKAT UNTUK melawat kawasan kebakaran yang terletak di sungai Cindai, Gua Musang. PADA HARI YANG BERSEJARAH INI.
SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE JAJAHAN GUA MUSANG PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEMBERI ERTI YANG CUKUP BESAR TERHADAP SEKALIAN HAMBA RAKYAT. KEBERANGKATAN INI JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA KESINAMBUNGAN TRADISI KEPERIHATINAN USRAH DIRAJA TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HAMBA RAKYAT DIBAWAH NAUNGAN KEBESARAN DULI-DULI TUANKU. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad ke V juga  TELAH AMPUNI PERKENAN BERANGKAT KE JAJAHAN INI PADA 7 Januari 2011 yang lepas untuk mengurniakan bantuan zakat kepada masyarakat Gua Musang dan juga mengurniakan Suratan Hakmilik Tanah kepada mereka yang terpilih.  DAN INI MEMBUKTIKAN TUANKU BERDUA MENGAMBIL BERAT DAN PRIHATIN SERTA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PACAL-PACAL HAMBA RAKYAT YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIJAJAHAN INI. SEMOGA KEMURAHAN DAN JASA BAIK TUANKU SEKALIAN DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-AN-AM AYAT 160 yang ber MAKSUD "BARANG SIAPA YANG MELAKUKAN KEBAIKAN / KEBAJIKAN MAKA DIBALAS ALLAH DENGAN 10 KALI GANDA AMALANNYA".
YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN UNTUK MENYELAMI DAN MELIHAT SENDIRI BERHUBUNG DENGAN PAHIT MAUNG, PENAT JERIH HAMBA RAKYAT DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN DALAM SUASANA SERBA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN. DALAM SEJARAH ISLAM TELAH TERCATAT BAGAIMANA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB SETELAH DIANGKAT MENJADI KHALIFAH MENGGANTIKAN KHALIFAH ISLAM YANG PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQ TELAH MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN YANG MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT YANG MISKIN. DALAM SATU PERISTIWA MASYHUR, BAGINDA TELAH KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM UNTUK MELIHAT SENDIRI KEADAAN RAKYATNYA DAN AKHIRNYA BAGINDA TERJUMPA SATU KELUARGA IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAKNYA YANG KELAPARAN. BAGINDA MELIHAT SENDIRI SI IBU MEMASAK BATU AGAR ANAK-ANAKNYA BERHENTI MENANGIS KERANA MENYANGKA IBU MEREKA MEMASAK MAKANAN UNTUK MEREKA SEHINGGALAH MEREKA TERTIDUR, MELIHAT KEADAAN INI, KHALIFAH UMAR BERASA TERHARU DAN BERGEGAS PULANG KE GUDANG GANDUM DAN MENGAMBIL SEKARUNG GANDUM LALU MEMBAWANYA SENDIRI KEPADA IBU MISKIN BERKENAAN.
SIKAP DAN TAULADAN YANG DITUNJUKKAN OLEH SADINA UMAR AL-KHATTAB TURUT DIWARISI OLEH CUCUNYA SENDIRI IAITU KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEWAKTU PEMERINTAHANNYA.
BEGITU JUGALAH YANG DITUNJUKKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN, SANGGUP MENCEMAR DULI TURUN SENDIRI KE KAMPUNG-KAMPUNG BAGI MENZIARAHI KELUARGA-KELUARGA MISKIN UNTUK BERKONGSI KEPERITAN HIDUP MEREKA.
 SEKALI LAGI PATIK DAN WARGA GUA MUSANG BERDATANG SEMBAH MENGUCAPKAN JUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIATAS KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN PADA HARI YANG BERSEJARAH INI. 

PATIK DAN SELURUH HAMBA RAKYAT DALAM JAJAHAN GUA MUSANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN SEJILAH-SEJILAH HATI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN BERDOA KE HADRAT ALLAH S.W.T., TUHAN MAHA BERKUASA, MAHA AGUNG AGAR DILANJUTKAN USIA ZAMAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN Muhammad Ke V AGAR SENTIASA BERADA DI DALAM KANDUNGAN SIHAT WALAFIAT SERTA BERLIPAT GANDA DAULAT DAN KEBERKATAN DULI-DULI TUANKU, KEKAL QARAR MEMERINTAH NEGERI KELANTAN DALAM KEADAAN AMAN SEJAHTERA DAN SIHAT WALAFIAT UNTUK TERUS MEMERINTAH DAN MEMAYUNGI SELURUH PACAL HAMBA RAKYAT DENGAN SEADIL-ADILNYA DENGAN KASIH SAYANG DAN SENTIASA MENDAPAT CURAHAN RAHMAT ALLAH S.W.T.

Rabu, 12 Januari 2011

KANUN TANAH NEGARA 1965 : Undang-Undang Substantif dan Prosidural

Bahagian Pertama
Konsep Pemilikan Tanah Dalam KTN 1965
Intro
Tanah merupakan sesuatu yang sangat signifikan didalam kehidupan manusia. Ia digunakan dalam semua aspek kehidupan termasuklah didalam urusan social, ekonomi, masyarakat, budaya, kegiatan politik dan teknologi. Ia merupakan asset dan juga pelaburan. Ia juga merupakan jaminan dalam peminjaman kewangan. Tanah juga boleh dianggap sebagai hadiah dan simpanan untuk generasi akan datang. Dalam budaya Melayu dan Islam serta sesetengah budaya lain, mereka menggunakan tanah sebagai tempat persemadian. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi kita mendalami dan memahami konsep asas perundangan tanah.
            Secara umumnya, setiap tuan tanah serta orang-orang yang berkepentingan diatas tanah adalah berhak keatas tanah tersebut. Mereka berhak berurusniaga keatas tanah tersebut sama ada melalui perjanjian jual beli, gadaian, memindahmilik kepada orang lain dan urusniaga-urusniaga lain. Sehubungan dengan itu, mereka juga layak dan berhak menggadai, memajak, tenansi dan lain-lain.
            Undang-undang tanah seperti juga undang-undang yang lain melibatkan permasalahan yang timbul daripada keperluan manusia. Ia bukan sahaja melibatkan pendudukan tanah dan kepunyaan, bahkan ia mencangkupi hak dan tanggungjawab tuanpunya serta penghuni tanah tersebut diatas pemilikannya.