Selasa, 23 November 2010

GALAS : ORANG ASLI, TANAH DAN AKTA ORANG ASLI TAHUN 1954 (AKTA 134) ~Bahagian 1


Masyarakat Orang Asli merupakan satu kumpulan etnik minoriti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh Negara di semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Di Negeri Kelantan penempatan Orang Asli ditemui di beberapa jajahan antaranya Gua Musang, kuala Krai dan Jeli. Di Gua musang jumlah keseluruhan penduduk orang asli mengikut bancian 2006 ialah 10458 yang melibatkan 136 buah kampung. Kampung terpencil telah digabungkan merangkumi 17 pos orang asli di dengan jumlah penduduk seramai 10458 orang. Terdapat 12 buah sekolah di 12 pos orang asli dipendalaman yang mana semua sekolah ini boleh sampai dalam tempoh 1 hingga 4 jam. Dari sudut bentuk muka bumi 40% muka bumi masih hutan belantara dan berbukit bukau. Kegiatan utama penduduk ialah pertanian dan perladangan namun masih ada sekumpulan kecil kumpulan yang masih kekal dengan cara kehidupan primitif menjadi masyarakat ‘pemburu’ dan ‘pemungut’ kerana kemerosotan sumber-sumber habitat hutan, buah/bijian dan hasil hutan seperti rotan atau damar. Orang Asli menjadi faktor yang penting dalam menentukan keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas baru-baru ini. Undi daripada masyarakat Orang Asli telah memberi kemenangan kepada calon daripada parti Barisan Nasional. Boleh dikatakan hampir tidak ada undi Orang Asli untuk calon daripada PAS.
Antara isu yang dicanang dalam kaca televisyen dan juga surat khabar arus perdana ialah masalah tanah orang asli. Ada yang menyebut masyarakat orang asli tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan negeri terutama dalam hal ehwal pemilikan tanah.
Apapun isunya dan keputusannya dan sama ada isu tersebut merupakan faktor kekalahan PAS atau tidak, isu peningkatan sosio ekonomi masyarakat orang asli perlu diberi penekanan. Pembangunan sosio ekonomi masyarakat orang asli adalah berkait rapat dengan pembangunan tanah untuk orang asli dikawasan penempatan orang asli itu sendiri. Apabila isu pembangunan tanah di kawasan orang Asli dapat diselesaikan, kita berharap tradisi berpindah randah dan memburu dapat dihapuskan. Kita bukannya berkehendakkan tradisi mereka ini dihapuskan seratus peratus namun masyarakat orang asli perlu dilatih untuk mendapat pendapatan tetap dengan cara pembangunan kawasan pertanian di kawasan mereka untuk mereka sendiri.
Majoriti orang asli yang mendiami dipos-pos Jajahan Gua Musang adalah berpendapatan rendah. Beberapa faktor yang mempengaruhi taraf kehidupan sedemikian adalah seperti berikut:-
1. Kegiatan ekonomi yang diamalkan majoriti orang asli terlibat dalam sektor pertanian sub-sistem yang tidak membangunkan sektor pertanian bertujuan komersil. Sebilangan lagi masih kekal dengan cara hidup primitif, memburu dan memungut hasil hutan seperti damar, rotan, kayu gharu dan buluh serta ubat-ubatan.
2. Gaya hidup yang simple tanpa ada sikap kecenderungan mengumpul pendapatan untuk pelaburan dan suka berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
3. Penggunaan teknologi tradisional dan aktiviti pertanian yang dijalankan tidak menyumbang kepada peningkatan pendapatan atas usaha tani dilakukan.
4. Masalah pasaran dan orang tengah.
5. Kurang pengetahuan tentang teknik pertanian yang betul mengakibatkan kurangnya keluaran hasil pertanian.
Sehubungan dengan itu, pembangunan tanah dikawasan tersebut perlu dilaksanankan. Orang-orang asli perlu diberi hak memiliki tanah dan membangunkan tanah mereka. Bagaimana mereka ingin membangunkan tanah jika mereka tidak memiliki tanah. Semua sedia maklum bahawa orang asli telah meneroka tanah-tanah pedalaman sejak zaman berzaman namun disebabkan tiada usaha yang bersungguh daripada agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Hal Ehwal orang Asli untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah ini akhirnya tanah orang asli terpaksa diambil untuk tujuan pembangunan. JHEOA perlu memberi kerjasama yang jitu kepada Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan pemilikan tanah orang asli kerana JHEOA adalah ibarat bapa kepada Orang Asli. Pihak Kerajaan Pusat tidak boleh terus-menerus menyalahkan kerajaan negeri dalam hal ehwal penyelesaian tanah orang asli. jika kerajaan negeri bersungguh sekalipun ingin menyelesaikannya tetapi tiada kerjasama dipihak persekutuan atau lebih spesifik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, hasrat itu hanya tinggal angan-angan sahaja.maka selama-lamalah nasib Orang Asli akan terabai. nantikan entry seterusnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan