Sehari dua ini kalut didalam media massa terutama daripada slot berita Buletin Utama TV3 tentang tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi yang mana setakat maklumat yang diperolehi daripada sumber yang boleh diyakini hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. terdapat juga diantara mereka yang telah memerintah secara haram tanah-tanah milik kerajaan disitu dengan mendirikan gerai secara haram. Bagi pendatang yang tidak berpeluang meduduki tanah tanah kerajaan mreka mengambil tindakan menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.
Menurut Yang Di Pertua MPSP, Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.
Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut yang mana jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai sedangkan sebahagian gerai-gerai itu dibina diatas tanah milik kerajaan.
Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?
Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.
Mereka menyuarakan tentang masaalah social dan pencemaran yang dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Taman tersebut. Mereka telah membawa kami melihat sendiri bagaimana sampah dibuang merata-rata, botol-botol arak bersepah di Taman Permainan kanak-kanak..
Sebelum kita mengupas isu-isu diatas, kita sebagai pencinta keamanan, pendokong undang-undang negara ada baiknya kita cuba dapatkan sedikit latarbelakang mengenai Taman Pelangi yang kecoh itu.
Ia merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri. Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing. Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai. Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masalah sosial. Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai. Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka. Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait juga telah memberi penjelasan, rumah dan flat di Taman Pelangi merupakan kediaman kos rendah. Pihak-pihak tertentu telah membeli unit-unit di sana dan sewakan kepada orang lain. Penyewa unit-unit ini pula menyewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai haram. Ini menyebabkan Taman Pelangi digelar Mini Hatyai.
Setelah diteliti secara surface latarbelakang kawasan tersebut maka kita berpendapat memang patut pihak PBT dan juga pihak Pentadbir Tanah Daerah tersebut mengambil tindakan sebagaimana digariskan oleh undang-undang terhadap Pengusaha haram tersebut.
jika ia merupakan kesalahan maka ia mesti dibetulkan. Itu sudah menjadi tugas kerajaan tidak kira kerajaan itu kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Sebagaimana jika terdapat kesalahan lalulintas maka tugas polis menyaman pesalah trafik tersebut maka ianya adalah sama jika binaan haram dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa perancang lebih-lebih lagi binaan tersebut dibuat diatas tanah milik kerajaan.
Apapun undang-undang perlu dikuatkuasakan. jika ia tidak dikuatkuasakan undang-undang tersebut akan dipandang remeh dan diperlekeh. jika media dan pihak pembangkang negeri Selangor beria-ia membantah undang-undang maka ia akan menimbulkan masalah juga kepada mereka atau rakan-rakan mereka dinegeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang yang sama.
Perbuatan Pihak Berkuasa tersebut adalah sah disisi undang-undang dan ia merupakan keperluan dalam mendaulatkan undang-undang agar ia dihormati.
Ada yang mendakwa perbuatan Pihak Berkuasa itu mencabuli hak peniaga keatas harta mereka. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan bolehlah dilihat sebagai melindungi harta seseorang individu atau kumpulan atau sesiapa sahaja daripada dicabuli namun ia juga bermaksud harta tersebut boleh dilucutkan hartanya jika ia mengikut peruntukan undang-undang. Dalam kes ini, kebanyakan gerai disitu bukan pun didirikan diatas tanah milik mereka bahka diatas tanah milik kerajaan.
sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa bukan sahaja boleh mengambil tindakan dibawah Akta Kerajaan tempatan 1971 dan Undang-Undang Kecil kerajaan tempatan bahkan boleh mengambil tindakan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 atas kesalahan menduduki secara tidak sah Tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
Undang-Undang ini dibuat oleh mereka namun apabila ia dikuatkuasakan oleh kerajaan yang tidak sehaluan dengan mereka, maka mereka sanggup memperlekehkan undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri serta memperleceh pegawai-pegawai MPSP yang mana Yang Dipertua dan Setiausahanya adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik iaitu pegawai Kerjaan Persekuatuan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan