Isnin, 6 Disember 2010

GALAS : ORANG ASLI, TANAH DAN AKTA ORANG ASLI TAHUN 1954 (AKTA 134) ~Bahagian 2

Sambungan tulisan bahagian pertama dalam entry yang lepas.


Pemilikan Tanah Orang Asli Kelantan
Sebagaimana yang sedia maklum oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bahawa negeri Kelantan  tidak menggunapakai Akta Orang Asli Tahun 1954 (Akta 134) atau dengan kata lain, akta tersebut tidak boleh digunakan dalam urusan pemberian milik atau penentuan hak-hak orang asli di negeri kelantan sebagaimana ia digunakan di negeri-negeri yang menerima pakai akta tersebut seperti selangor dan beberapa negeri lain..
Tidakkah Parlimen berkuasa Membuat Undang-Undang Berkuatkuasa keseluruh Persekutuan??.
Benar, Parlimen boleh  membuat undang-undang yang berkuatkuasa ke seluruh persekutuan atau sebahagian daripadanya. Walaubagaimana pun kuasa parlimen itu terhad kepada perkara-perkara dalam Senarai 1 Jadual ke Sembilan Perlebagaan persekutuan. Walaupun lazimnya parlimen tidak boleh membuat undang-undang berkaitan senarai negeri dalam Jadual ke Sembilan tersebut namun perlembagaan dalam Perkara 76(1) membolehkan Parlimen membuat undang-undang tentang perkara dalam senarai II ini dengan tujuan seperti :  
1) Bagi maksud pelaksanaan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh persekutuan; atau
2) Bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari antara 2 buah negeri atau lebih; atau
3) Jika diminta demikian oleh mana-mana dewan negeri.

Namun, Akta yang diluluskan oleh Parlimen itu tidak boleh berkuatkuasa sewenang-wenangnya kerana negeri atau Dewan Undangan Negeri telah dilindungi oleh Perlembagaan dibawah Perkara 76(3) bagi mengelakkan Parlimen menyalahgunakan kuasanya keatas negeri. Oleh yang demikian undang-undang yang diluluskan oleh parlimen untuk menyeragamkan undang-undang bagi beberapa buah negeri tidak boleh berkuatkuasa melainkan terlebih dahulu diterima oleh Dewan undangan Negeri sebagai undang-undang yang dibuat olehnya dan selepas itu undang-undang itu bolehlah dipinda dan dibatal olehnya. Undang-undang ini diterima dengan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu.

Betul,jika penyeragaman undang-undang melibat ehwal tanah maka penerimaan oleh Dewan Undangan Negeri bukanlah merupakan perkara yang material dan mandatori sebagaimana maksud Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan namun ia tetap tertakluk kepada Perkara 80(3) Perlembagaan kerana Akta 134 tersebut memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan persekutuan.

Oleh yang demikian, tiada tanah negeri ini secara statutorinya terletakhak kepada masyarakat orang asli sebelum ditentukan oleh kerajaan negeri.

Jadi bagaimana untuk mempastikan nasib orang asli dalam pemilikan tanah terbela?? Insya Allah, sedikit demi sedikit akan dikupas dalam bahagian 3 siri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan