Rabu, 29 Disember 2010
Keberangkatan KDYMM ke Jajahan Gua Musang
http://thekelantaninsider.blogspot.com/2010/12/kunjungan-sultan-muhammad-ke-v-ke-rkt.html
Ahad, 12 Disember 2010
Jabatan Kerajaan 'PATUT" Hormat Perlembagaan Negara dan Undang-Undang; Jika tidak Kerajaan, siapa lagi?
Sebuah bangunan yang telah dibina oleh sebuah agensi kerajaan Persekutuan (KESEDAR) di Gua Musang di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan tanpa memohon kebenaran kerajaan negeri sebagai tuan punya tanah. mengikut sumber, walaupun berkali-kali ditegur perbuatan agensi kerajaan itu namun mereka tetap berdegil sehingga bangunan itu disiapkan.
Walaupun pembinaan bangunan ini melibatkan kawasan bandar namun dikatakan KESEDAR tidak memohon kebenaran Pihak Berkuasa Perancang di jajahan ini bagi membinanya.
teringat lagu dalam cerita Nujum Pak Belalang "Kami lah penyamun di dalam negeri...kami penyamun di dalam ini negeri, kerja merompak, menyamun dan mencuri....."
Ada orang berkata projek PPR Gua Musang yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semasa Pilihanraya Kecil Galas baru-baru ini juga diragui status tanahnya. Ada orang kata tanah itu juga masih merupakan milik Kerajaan Negeri Kelantan namun KESEDAR selaku agensi Kerajaan Persekutuan yang dominan di Jajahan ini mengaku ia adalah milik mereka...betul ke???? atau Ku Li dah kena tipu oleh KESEDAR?.
RM180 juta untuk projek PPR
GUA MUSANG: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah sekitar jajahan ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, projek itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan Pusat terhadap keperluan perumahan di kalangan keluarga berpendapatan rendah jajahan ini, yang selama ini gagal dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan PAS. “Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan KESEDAR dekat Taman Wangi di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung; dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, yang memohon pelaksanaan projek PPR di Gua Musang sejak 2008.
PPR Gua Musang membabitkan 18 blok rumah pangsa lima tingkat akan dibangunkan atas tanah milik KESEDAR seluas 13.8 hektar di seberang Sungai Ketil.
Muhyiddin berkata, kerajaan Pusat menyalurkan subsidi yang tinggi menerusi PPR kerana mengenangkan ketidakupayaan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam usaha memastikan rakyat mampu memiliki kediaman selesa.
“Walaupun 1,500 unit rumah yang dibina, hakikatnya ia akan memberi keselesaan kepada kira-kira 10,000 penduduk kerana setiap keluarga di sini mempunyai ahli keluarga yang ramai.
“Projek ini membuktikan BN sentiasa prihatin dan mengambil kira kepentingan serta keperluan bagi menyelesaikan masalah rakyat. Untuk itu juga, mulai tahun depan, golongan muda baru mendirikan rumah tangga akan dibantu untuk memiliki rumah menerusi pinjaman 100 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini,” katanya.
Muhyiddin turut mengarahkan agensi kerajaan yang ditugaskan mengawasi pelaksanaan PPR Gua Musang memastikan projek itu berjalan lancar dan siap seperti ditetapkan untuk kepentingan rakyat serta mengelak ia terbengkalai sehingga boleh dimanipulasi lawan untuk memperlekehkan BN.
Beliau berkata, lantaran kesungguhan kerajaan Pusat dalam membela nasib dan keperluan rakyat di seluruh negara, adalah tidak keterlaluan untuk meminta mereka terus memberi sokongan pada pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.
Selasa, 7 Disember 2010
GALAS : ORANG ASLI, TANAH DAN AKTA ORANG ASLI TAHUN 1954 (AKTA 134) ~Bahagian 3
~sambungan bahagian kedua yang lepas
Dalam bahagian kedua yang lepas kita telah membincangkan penerimaan Akta Orang Asli 1954 dalam negeri Kelantan. Oleh kerana Akta berkenaan tidak diterima pakai dalam negeri ini maka
tiada tanah negeri diisytiharkan sebagai Rizab Orang Asli atau kawasan orang asli dibawah seksyen 6 dan 7 akta tersebut. Namun pun begitu dasar negeri telah menggunapakai seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu mengisytiharkan tanah tertentu sebagai rizab awam untuk kegunaan orang asli diletakkan kawalan dibawah penguasaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Kelantan.
Mengikut sumber kerajaan negeri, pihak kerajaan pada mulanya ingin memproses pemberian milik dibawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 kepada masyarakat orang asli di Gua Musang. Ia adalah kuasa negeri sebagaimana diperuntukan oleh seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965. Dikatakan bagi kawasan Kuala Betis sahaja ia melibatkan 900 lot iaitu Tapak rumah beserta dusun 300 lot dengan keluasan 1-3 ekar setiap lot, tanah Ladang getah 300 lot dengan keluasan 5-6 ekar setiap lot, dan tanah sawit sebanyak 300 lot dengan keluasa 1.8 – 2.2 ekar bagi setiap lot.
Tanah ladang dibangunkan secara pajakan kepada syarikat dan diberimilik kepada individu orang asli selepas berjaya mengeluarkan hasil.
Adalah dicadangkan tanah dusun dijadikan kebun dapur bagi setiap keluarga dan diluluskan hakmilik segera pajakan pendek 15 tahun, untuk permulaannya berimilik dan boleh disambung atas permohonan pemilik berasaskan kejayaan dusun masing-masing. Cadangan Perlaksanan Kebun Dapur ini dibuat untuk mempastikan orang asli berhenti dari amalan primitif berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan disamping mempastikan orang asli dapat menghasilkan sumber makanan sendiri untuk keluarga, membantu mengurangi masalah kurang zat makanan.
Urusan pemberianmilik tanah bukan boleh dibuat begitu sahaja, ia meliputi kerja-kerja pengecaman dan pengukuran bagi membolehkan ianya diangkat untuk kelulusanPihak Berkuasa Negeri. Persetujuan pada peringkat awal antara kerajaan negeri dan persekutuan ialah ukuran dibuat oleh juruukur swasta yang kosnya ditanggung oleh JHEOA yang dianggarkan sebanyak RM 2.5 Juta. Namun apa yang mendukacitakan ialah peruntukan diberikan hanyalah sebanyak RM300,000.00 sahaja dan peruntukan bagi membayar baki upah ukur dan bayaran premium tidak mendapat maklumbalas daripada pihak kementerian dan JHEOA. Ini menyebabkan urusan pemberimilikan tanah kepada masyarakat orang Asli khususnya di Kuala Betis tidak dapat diteruskan dan ditangguhkan.
Inilah yang saya maksudkan sebagai perlunya kerjasama daripada kementerian atau kerajaan persekutuan dalam urusan penyelesaian tanah orang Asli. Dari sudut kerajaan negeri, pihak mereka telah menjalankan peranannya dengan sebaik mungkin Cuma yang perlu ialah kerajaan persekutuan perlu memainkan peranannya yang telah dipersetujui. Wang sebanyak RM 2.5 juta tidaklah banyak rasanya jika dibandingkan dengan kesejahteraan yang akan dinikmati oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
Oleh kerana tiada respon positif daripada kerajaan persekutuan dalam hal penyelesaian tanah Orang Asli di Gua Musang maka pihak kerajaan negeri telah mencadangkan agar kawasan-kawasan orang Asli di wartakan dibawah seksyen 62 Kanun Tanah Negera 1965 sementara menunggu penyelesaian bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sesungguhnya sangat besar perbezaannya tanah yang dirizabkan dengan tanah yang diberimilik kerana tanah rizab adalah dibawah penguasaan pegawai pengawalnya yang tersendiri seperti dalam kes ini ialah dibawah kawalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri kelantan manakala tanah yang diberimilik menjadi hak individu tuan-tuan tanah masyarakat orang Asli. Kesan-kesannya adalah banyak dan rasanya tidak perlu untuk dikupas disini. Insya Allah saya akan kupaskan dalam tajuk yang lebih spesifik pada masa akan datang.
Sekian..
Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan ia bersifat akademik.
Isnin, 6 Disember 2010
GALAS : ORANG ASLI, TANAH DAN AKTA ORANG ASLI TAHUN 1954 (AKTA 134) ~Bahagian 2
Sambungan tulisan bahagian pertama dalam entry yang lepas.
Pemilikan Tanah Orang Asli Kelantan
Sebagaimana yang sedia maklum oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bahawa negeri Kelantan tidak menggunapakai Akta Orang Asli Tahun 1954 (Akta 134) atau dengan kata lain, akta tersebut tidak boleh digunakan dalam urusan pemberian milik atau penentuan hak-hak orang asli di negeri kelantan sebagaimana ia digunakan di negeri-negeri yang menerima pakai akta tersebut seperti selangor dan beberapa negeri lain..
Tidakkah Parlimen berkuasa Membuat Undang-Undang Berkuatkuasa keseluruh Persekutuan??.
Benar, Parlimen boleh membuat undang-undang yang berkuatkuasa ke seluruh persekutuan atau sebahagian daripadanya. Walaubagaimana pun kuasa parlimen itu terhad kepada perkara-perkara dalam Senarai 1 Jadual ke Sembilan Perlebagaan persekutuan. Walaupun lazimnya parlimen tidak boleh membuat undang-undang berkaitan senarai negeri dalam Jadual ke Sembilan tersebut namun perlembagaan dalam Perkara 76(1) membolehkan Parlimen membuat undang-undang tentang perkara dalam senarai II ini dengan tujuan seperti :
1) Bagi maksud pelaksanaan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh persekutuan; atau
2) Bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari antara 2 buah negeri atau lebih; atau
3) Jika diminta demikian oleh mana-mana dewan negeri.
Namun, Akta yang diluluskan oleh Parlimen itu tidak boleh berkuatkuasa sewenang-wenangnya kerana negeri atau Dewan Undangan Negeri telah dilindungi oleh Perlembagaan dibawah Perkara 76(3) bagi mengelakkan Parlimen menyalahgunakan kuasanya keatas negeri. Oleh yang demikian undang-undang yang diluluskan oleh parlimen untuk menyeragamkan undang-undang bagi beberapa buah negeri tidak boleh berkuatkuasa melainkan terlebih dahulu diterima oleh Dewan undangan Negeri sebagai undang-undang yang dibuat olehnya dan selepas itu undang-undang itu bolehlah dipinda dan dibatal olehnya. Undang-undang ini diterima dengan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu.
Betul,jika penyeragaman undang-undang melibat ehwal tanah maka penerimaan oleh Dewan Undangan Negeri bukanlah merupakan perkara yang material dan mandatori sebagaimana maksud Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan namun ia tetap tertakluk kepada Perkara 80(3) Perlembagaan kerana Akta 134 tersebut memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan persekutuan.
Oleh yang demikian, tiada tanah negeri ini secara statutorinya terletakhak kepada masyarakat orang asli sebelum ditentukan oleh kerajaan negeri.
Jadi bagaimana untuk mempastikan nasib orang asli dalam pemilikan tanah terbela?? Insya Allah, sedikit demi sedikit akan dikupas dalam bahagian 3 siri ini.
Langgan:
Catatan (Atom)