Isnin, 25 Julai 2011

Kan Ambo Dah Kata....

Friday, May 20, 2011

Usah percaya Pakatan akan bela Pribumi


Lebih 500 Orang Asli Adakan Berdemonstrasi Bantah Ladang Rakyat

GUA MUSANG, 18 Mei - Lebih 500 penduduk Orang Asli dari 40 kampung di Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi di pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini untuk membantah projek ladang rakyat oleh kerajaan Pas Kelantan yang mereka dakwa mengakibatkan penduduk di kawasan berkenaan hilang punca pendapatan.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Semalaysia (JAOS), Azmi Badol berhimpun selama sejam sejak pukul 9.30 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan oleh kerajaan Kelantan sebelum ini.

Azmi kemudian menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada wakil Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Hilmi Mat Zain, selepas menunggu lama di perkarangan pejabat berkenaan kerana pintu pagar pejabat itu ditutup dengan kawalan rapi polis.

Ada di antara penunjuk perasaan itu berpakaian tradisional Orang Asli kaum Temiar, iaitu memakai cawat, lilitan daun nipah di kepala, serta memegang sumpit sambil menyanyikan lagu masyarakat mereka.

Bercakap kepada pemberita, Azmi berkata kandungan memorandum itu sama seperti yang diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 14 Feb lepas menuntut supaya kerajaan negeri menghentikan kegiatan pengambilan tanah adat kaum itu.

Beliau berkata tanah terbabit kini semakin musnah dengan kegiatan pembukaan ladang rakyat dan aktiviti pembalakan menyebabkan penduduk Orang Asli berdepan dengan pelbagai masalah terutama hilang pendapatan masa depan.

Dua hari lepas, lebih 1,000 orang berpakaian serba merah mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Baharu bagi membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan. - UMNO Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan