Isnin, 21 Februari 2011

Buat Kerja Jangan Sampai Jatuhkan Maruah Kerajaan Islam




Friday February 18, 2011

Orang asli bemoan land exploitation

GUA MUSANG: Orang asli settlers in Pos Balar claimed they lost their source of income when a firm cleared their 100ha rubber plantation to develop a project called ‘Ladang Rakyat’.
They said the Kelantan PAS government appointed the company to develop the land.
Sugi Alang, 26, said most of the area had been used for agriculture by the orang asli for the past 20 years.
In need of assistance: Nik Aziz (left) receiving a memorandum pertaining to the ruins caused by the ‘Ladang Rakyat’ project from an Orang Asli Community representative in Kota Baru, Kelantan on Monday. — Bernama
“We planted rubber and other crops, but the company has now cut down the rubber trees,” he said.
He added that the state government should have resolved the land issue with the orang asli first, instead of giving priority to a foreign company.
Another settler, Samri Talib, 30, said a water catchment area on a hill in the premises had been damaged when the forest was cleared for the estate. “We are concerned over this,” he said.
Galas state assemblyman Abdul Aziz Yusoff said he had received similar complaints from the other orang asli in the Lojing, Pos Brooke, Bihai, Pulat, Pasik and Kuala Betis areas.
He promised to bring up the issue at the Umno divisional meeting so that Tengku Razaleigh Hamzah, as the division head, could take action.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the land had been acquired because there was no clearly-defined boundary.
“The state government approved the application from the company concerned because it was under the impression that no one owned the land,” he said.
Nik Aziz said the Kelantan government would set up a committee to investigate any problems that might arise.
Ladang Rakyat chief executive officer Dr Nazmi Ghazali Azmi reiterated by saying that the project in Gua Musang did not involve the orang asli settlement.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini keratan akhbar dari The Star online. Ia juga termuat dalam akhbar-akhbar harian yang lain pada minggu lepas. Mungkin yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan tidak semuanya benar dan tidak dinafikan semuanya adalah betul. Mengikut sumber, kejadian ini memang terjadi. mungkin yang gtelibat tidaklah sampai 1oo ha sebagaimana dilaporkan tetapi ianya memang terjadi. Saya sendiri telah melihat rumah kongsi pekerja yang didirikan dikawasan pos Balar. Mengikut maklumat yang diperolehi, kawasan yang diusahakan oleh syarikat yang mendakwa tanah itu telah diluluskan oleh kerajaan Kelantan kepada mereka adalah bukannya didalam kawasan penempatan orang Asli mahupun termasuk dalam kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Orang Asli. Walaupun bukan didalam kawasan penempatan orang Asli dan namun diakui terdapat kawasan tanaman orang asli dikawasan yang cuba dimajukan dengan tanaman kelapa sawit oleh syarikat terbabit (dengan niat tidak mendedahkan nama syarikat). Syarikat berkenaan juga dikatakan syarikat 100 peratus bumiputera. 
Saya bukanlah ingin membincangkan tentang pencerobohan kawasan orang asli atau kezaliman kerajaan Islam Kelantan terhadap Masyarakat Orang Asli tetapi apa yang saya ingin suarakan disini ialah sikap pemaju (Syarikat) yang tidak mempedulikan peraturan apabila ingin memajukan kawasan tersebut hinggakan maruah kerajaan Kelantan tercemar. 
Mengikut khabar yang diterima, Syarikat terbabit baru sahaja mendapat kelulusan pelaburan oleh Serenti Pelaburan Negeri bagi membangun kawasan terbabit. maksudnya projek komersial itu sesuai dijalankan dikawasan tersebut tetapi urusan hakmilik tanah belum pun dimulakan lagi. Ia perlulah melalui proses pengukuran kawasan dan mendapat ulasan-ulasan daripada agensi-agensi teknikal seperti, Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya. Mengambilkira semangat penguatkuasaan undang-undang Kanun Tanah Negara, Syarikat terbabit walaupun mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi melaksanakan projek terbabit namun mereka tidak boleh sekali-kali memasuki kawasan tersebut lebih-lebih lagi mendirikan kongsi dan menebas tebang pokok-pokok yang ada dikawasan itu selagi Dokumen Hakmilik tidak didaftarkan. 
Setelah betul kawasan tersebut telah dikeluarkan hakmilik, maka bolehlah ditebas tebang pokok-pokok dikawasan tersebut. Semestinya Kerajaan Negeri yang prihatin seperti Kelantan akan tidak membiarkan hakmilik dikeluarkan meliputi kawasan-kawasan bermasalah seperti kawasan rentahan orang Asli serta kubur-kubur datok moyang mereka. Jika dikeluarkan hakmilik pun keatas kawasan-kawasan yang sedikit rentahannya serta rentahan tersebut dikategarikan sebagai tidak berjaya, maka kerajaan negeri pasti akan mensyaratkan syarikat terbabit membayar gantirugi dalam bentuk bayaran ex-gratia kepada masyarakat Orang Asli yang terlibat.
Bertindaklah secara bijak, jangan hanya rakus mencari sedikit harta dengan membelakangkan undang-undang dan memalukan kerajaan negeri yang dicintai ini. Jika tindakan syarikat terbabit mengikut cara yang sebenar, sudah pasti isu ini tidak akan diperbesarkan dan dapat diselesaikan dengan sempurna...
Artikel sedikit berkaitan perkara ini boleh dilihat dalam post terdahulu http://mohdhelmimatzin.blogspot.com/2010/11/galas-orang-asli-tanah-dan-akta-orang.html
*pandangan ini adalah pandangan peribadi dan bukan mewakili pandangan kerajaan.

Rabu, 16 Februari 2011

Apabila Pegawai Kerajaan Diperlekeh Oleh Tuannya kerana Menguatkuasakan Undang-Undang Yang Dibuatnya Oleh Tuannya Sendiri

Sehari dua ini kalut didalam media massa terutama daripada slot berita Buletin Utama TV3 tentang tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi yang mana setakat maklumat yang diperolehi daripada sumber yang boleh diyakini hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. terdapat juga diantara mereka yang telah memerintah secara haram tanah-tanah milik kerajaan disitu dengan mendirikan gerai secara haram. Bagi pendatang yang tidak berpeluang meduduki tanah tanah kerajaan mreka mengambil tindakan menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.


Menurut Yang Di Pertua MPSP, Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.

Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut yang mana jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai sedangkan sebahagian gerai-gerai itu dibina diatas tanah milik kerajaan.

Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?

Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.

Mereka menyuarakan tentang masaalah social dan pencemaran yang dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Taman tersebut. Mereka telah membawa kami melihat sendiri bagaimana sampah dibuang merata-rata, botol-botol arak bersepah di Taman Permainan kanak-kanak..


Sebelum kita mengupas isu-isu diatas, kita sebagai pencinta keamanan, pendokong undang-undang negara ada baiknya kita cuba dapatkan sedikit latarbelakang mengenai Taman Pelangi yang kecoh itu. 

Ia merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri. Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing. Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai. Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masalah sosial. Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai. Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka. Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait juga telah memberi penjelasan, rumah dan flat di Taman Pelangi merupakan kediaman kos rendah. Pihak-pihak tertentu telah membeli unit-unit di sana dan sewakan kepada orang lain. Penyewa unit-unit ini pula menyewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai haram. Ini menyebabkan Taman Pelangi digelar Mini Hatyai.


Setelah diteliti secara surface latarbelakang kawasan tersebut maka kita berpendapat memang patut pihak PBT dan juga pihak Pentadbir Tanah Daerah tersebut mengambil tindakan sebagaimana digariskan oleh undang-undang terhadap Pengusaha haram tersebut. 

jika ia merupakan kesalahan maka ia mesti dibetulkan. Itu sudah menjadi tugas kerajaan tidak kira kerajaan itu kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Sebagaimana jika terdapat kesalahan lalulintas maka tugas polis menyaman pesalah trafik tersebut maka ianya adalah sama jika binaan haram dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa perancang lebih-lebih lagi binaan tersebut dibuat diatas tanah milik kerajaan. 

Apapun undang-undang perlu dikuatkuasakan. jika ia tidak dikuatkuasakan undang-undang tersebut akan dipandang remeh dan diperlekeh. jika media dan pihak pembangkang negeri Selangor beria-ia membantah undang-undang maka ia akan menimbulkan masalah juga kepada mereka atau rakan-rakan mereka dinegeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang yang sama. 

Perbuatan Pihak Berkuasa tersebut adalah sah disisi undang-undang dan ia merupakan keperluan dalam mendaulatkan undang-undang agar ia dihormati.

Ada yang mendakwa perbuatan Pihak Berkuasa itu mencabuli hak peniaga keatas harta mereka. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan bolehlah dilihat sebagai melindungi harta seseorang individu atau kumpulan atau sesiapa sahaja daripada dicabuli namun ia juga bermaksud harta tersebut boleh dilucutkan hartanya jika ia mengikut peruntukan undang-undang. Dalam kes ini, kebanyakan gerai disitu bukan pun didirikan diatas tanah milik mereka bahka diatas tanah milik kerajaan. 
sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa bukan sahaja boleh mengambil tindakan dibawah Akta Kerajaan tempatan 1971 dan Undang-Undang Kecil kerajaan tempatan bahkan boleh mengambil tindakan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 atas kesalahan menduduki secara tidak sah Tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan. 

Undang-Undang ini dibuat oleh mereka namun apabila ia dikuatkuasakan oleh kerajaan yang tidak sehaluan dengan mereka, maka mereka sanggup memperlekehkan undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri serta memperleceh pegawai-pegawai MPSP yang mana Yang Dipertua dan Setiausahanya adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik iaitu pegawai Kerjaan Persekuatuan sendiri. 

Rabu, 9 Februari 2011

Pemikiran Sepadan Usia

5 Februari 2011 yang lepas genap umur 29 tahun....Apapun nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang telah 'wish' kepada saya. Ingatan saudara dan saudari akan hamba abadikan sehingga akhir hayat insya Allah..



Semakin meningkat usia sepatutnya pemikiran kita juga perlu berubah, tindak tanduk juga perlu berubah, amalan juga perlu berubah, prestasi diri juga perlu berubah. Perubahan yang dibuat perlulah kearah yang lebih baik. Bukan kepada yang lebih buruk.


Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita : Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”. 
Cuba kita semak diri kita, adakah hidup kita semakin positif atau tidak?


Perubahan perlu datang dari diri kita sendiri dan bukannya daripada orang lain. kalau datang dari orang lain pun ia hanya sekadar dorongan sahaja dan bukannya faktor utama perubahan.


Pada 29 Januari 2011 yang lepas, saya sempat bersama sebahagian kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam satu kursus kecemerlangan diri. Dalam sessi tersebut, saya lontarkan kepada mereka bahawasanya kita hendaklah selalu menyemak diri kita sendiri. Apa yang kita lihat pada diri kita? Apa yang orang lain lihat pada diri kita? macamana kita harap orang lain lihat diri kita? 


Justeru, meningkatnya usia sepatutnya akan meningkatkan lagi tahap pemikiran kita. Sayang, masih ada orang yang tidak mahu berusaha meningkatkan daya pemikirannya... bila dengar dia bercakap tergambar pemikirannya belum matang sepadan usia. Umur sudah menjangkau 30-an tetapi gaya percakapan masih sama dengan budak umur 15 tahun...


Maka, disini saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain marilah kita 'sama-sama' memuhasabah diri agar kita menjadi lebih baik pada masa hadapan.


Teringat sebuah lagu nasyid yang pernah jadi lagu tema sebuah kursus yang saya ikuti pada tahun 1996 dahulu semasa di SMKA Falahiah: 



Umat Islam harus cemerlang , Hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa, Siapa kata kita tidak boleh, Kita punya Allah Maha Kuasa, Kita punya kuasa
tenaga, Doa sebagai senjata,

Umat Islam Zaman Lampau, taat perintah Rasulullah, bersama berusaha, bersatu tuju wawasan 
dunia dan akhirat, 

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia...