Hidup di Gua Musang.... tanpa kehadiran isteri tercinta serta anak-anak yang sangat disayangi.....
kerinduan mendalam kepada mereka tidak menghalang aku habiskan masa dengan termenung terkenangkan mereka....aktiviti-aktiviti hidup perlu diteruskan....
Hidup sebatang kara di tempat orang inilah kawan-kawan menjadi keluarga. oleh kerana kebanyakan kami yang berada di Gua Musang ini meninggalkan keluarga demi tugas, maka kawan-kawanlah tempat kita mengadu masalah dan meminta pertolongan.
Janganlah kita memandang remeh soal persahabatan. Tunaikanlah hak-hak sahabat. Jangan hanya bersahabat bila perlukan bantuan...Jalinkanlah ukhuwwah kerana Allah bukan kerana dambakan sumbangannya.
Bagi sahabat-sahabat jauh, fikirlah sesuatu untuk rapatkan semula ukhuwwah. Penuhilah jemputan, kerana itu tanda kita mengingati sahabat kita..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khamis, 13 Januari 2011 : minggu ni khamis masih tak balik Jengka. Bertugas menyambut Keberangkatan YTM Tengku Mahkota Kelantan.
Kami warga Gua Musang merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Tuanku untuk berangkat bersolat Jumaat di Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang hari ini (14/1/2011) seterusnya menyampaikan bantuan kepada 40 Mangsa kebakaran minggu lepas. Patik bersama pacal hamba rakyat Gua Musang sekelian juga DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM, MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI JUNJUNGAN KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN DIATAS AMPUNI PERKENAN, BERANGKAT UNTUK melawat kawasan kebakaran yang terletak di sungai Cindai, Gua Musang. PADA HARI YANG BERSEJARAH INI.
SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE JAJAHAN GUA MUSANG PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEMBERI ERTI YANG CUKUP BESAR TERHADAP SEKALIAN HAMBA RAKYAT. KEBERANGKATAN INI JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA KESINAMBUNGAN TRADISI KEPERIHATINAN USRAH DIRAJA TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HAMBA RAKYAT DIBAWAH NAUNGAN KEBESARAN DULI-DULI TUANKU. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Muhammad ke V juga TELAH AMPUNI PERKENAN BERANGKAT KE JAJAHAN INI PADA 7 Januari 2011 yang lepas untuk mengurniakan bantuan zakat kepada masyarakat Gua Musang dan juga mengurniakan Suratan Hakmilik Tanah kepada mereka yang terpilih. DAN INI MEMBUKTIKAN TUANKU BERDUA MENGAMBIL BERAT DAN PRIHATIN SERTA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PACAL-PACAL HAMBA RAKYAT YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIJAJAHAN INI. SEMOGA KEMURAHAN DAN JASA BAIK TUANKU SEKALIAN DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-AN-AM AYAT 160 yang ber MAKSUD "BARANG SIAPA YANG MELAKUKAN KEBAIKAN / KEBAJIKAN MAKA DIBALAS ALLAH DENGAN 10 KALI GANDA AMALANNYA".
YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN UNTUK MENYELAMI DAN MELIHAT SENDIRI BERHUBUNG DENGAN PAHIT MAUNG, PENAT JERIH HAMBA RAKYAT DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN DALAM SUASANA SERBA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN. DALAM SEJARAH ISLAM TELAH TERCATAT BAGAIMANA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB SETELAH DIANGKAT MENJADI KHALIFAH MENGGANTIKAN KHALIFAH ISLAM YANG PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQ TELAH MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN YANG MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT YANG MISKIN. DALAM SATU PERISTIWA MASYHUR, BAGINDA TELAH KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM UNTUK MELIHAT SENDIRI KEADAAN RAKYATNYA DAN AKHIRNYA BAGINDA TERJUMPA SATU KELUARGA IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAKNYA YANG KELAPARAN. BAGINDA MELIHAT SENDIRI SI IBU MEMASAK BATU AGAR ANAK-ANAKNYA BERHENTI MENANGIS KERANA MENYANGKA IBU MEREKA MEMASAK MAKANAN UNTUK MEREKA SEHINGGALAH MEREKA TERTIDUR, MELIHAT KEADAAN INI, KHALIFAH UMAR BERASA TERHARU DAN BERGEGAS PULANG KE GUDANG GANDUM DAN MENGAMBIL SEKARUNG GANDUM LALU MEMBAWANYA SENDIRI KEPADA IBU MISKIN BERKENAAN.
SIKAP DAN TAULADAN YANG DITUNJUKKAN OLEH SADINA UMAR AL-KHATTAB TURUT DIWARISI OLEH CUCUNYA SENDIRI IAITU KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEWAKTU PEMERINTAHANNYA.
BEGITU JUGALAH YANG DITUNJUKKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN, SANGGUP MENCEMAR DULI TURUN SENDIRI KE KAMPUNG-KAMPUNG BAGI MENZIARAHI KELUARGA-KELUARGA MISKIN UNTUK BERKONGSI KEPERITAN HIDUP MEREKA.
SEKALI LAGI PATIK DAN WARGA GUA MUSANG BERDATANG SEMBAH MENGUCAPKAN JUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIATAS KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN PADA HARI YANG BERSEJARAH INI.
PATIK DAN SELURUH HAMBA RAKYAT DALAM JAJAHAN GUA MUSANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN SEJILAH-SEJILAH HATI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN BERDOA KE HADRAT ALLAH S.W.T., TUHAN MAHA BERKUASA, MAHA AGUNG AGAR DILANJUTKAN USIA ZAMAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN Muhammad Ke V AGAR SENTIASA BERADA DI DALAM KANDUNGAN SIHAT WALAFIAT SERTA BERLIPAT GANDA DAULAT DAN KEBERKATAN DULI-DULI TUANKU, KEKAL QARAR MEMERINTAH NEGERI KELANTAN DALAM KEADAAN AMAN SEJAHTERA DAN SIHAT WALAFIAT UNTUK TERUS MEMERINTAH DAN MEMAYUNGI SELURUH PACAL HAMBA RAKYAT DENGAN SEADIL-ADILNYA DENGAN KASIH SAYANG DAN SENTIASA MENDAPAT CURAHAN RAHMAT ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan